Rawatan Obesiti Bariatrik
Menurunkan berat badan boleh menjadi sukar bagi sesetengah individu, terutama jika kaedah tradisional tidak memberikan hasil yang diingini. Kami menawarkan bantuan perubatan yang spesifik untuk membantu anda mencapai kejayaan dalam penurunan berat badan anda. Dengan bantuan pakar perubatan kami, kami menyediakan pelbagai kaedah penurunan berat badan yang terbukti berkesan.
Kaedah Bukan Pembedahan
Rawatan obesiti bukan pembedahan, bersifat sementara dan tidak memerlukan bermalam di hospital
Belon Intragastrik Allurion Elipse
Belon yang dimasukkan ke dalam perut dengan kaedah telan kapsul. Tidak memerlukan endoskopi atau pembedahan.​
Belon akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membantu anda mengawal pengambilan makanan.
​Belon akan pecah dan keluar secara semulajadi selepas 16 minggu​
Harga dari RM16,000
​
Belon Intragastrik Spatz3
Belon yang dimasukkan ke dalam perut dengan kaedah endoskopi​.
Belon akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membantu anda mengawal pengambilan makanan.
​Saiz belon boleh dibesarkan atau dikecilkan jika perlu. ​Belon perlu dikeluarkan secara endoskopi selepas setahun.
​Harga dari RM16,000
Ubatan Antiobesiti
Penggunaan ubat antiobesiti dengan preskripsi doktor bagi membantu proses penurunan berat badan.
Ubat yang digunakan membantu menurunkan selera makan dan berasa kenyang lebih cepat ​
Harga dari RM660
Kaedah Pembedahan
Rawatan pembedahan bariatrik bagi merawat obesiti. Bersifat kekal, penurunan yang banyak dan perlu bermalam di hospital
Sleeve Gastrectomy
Pembedahan mengecilkan saiz perut dan membuang bahagian perut yang menghasilkan hormon lapar.
​
Dapat membantu mengurangkan rasa lapar dan berasa kenyang dengan jumlah makanan yang kecil.
​
Pembedahan secara tebuk lubang (Laparoskopik), bermalam di hospital selama 2-3 hari
​
Harga dari RM 36,000
Mini-Sleeve Gastrectomy
Pembedahan mengecilkan saiz perut dan membuang bahagian perut yang menghasikan hormon lapar.
​
Dapat membantu mengurangkan rasa lapar dan berasa kenyang dengan jumlah makanan yang kecil.
​
Sesuai bagi pesakit dengan BMI Sederhana tinggi
​
Pembedahan secara tebuk lubang (Laparoskopik), bermalam di hospital selama 2-3 hari
​
Harga dari RM 36,000
Gastric Bypass
Pembedahan pengurangan saiz perut dan penyingkiran sebahagian usus kecil dari proses pencernaan makanan.
​
Bahagian perut yang lebih kecil akan menjadi "kantung" baru, yang dapat menampung jumlah makanan yang lebih kecil. Sebahagian usus kecil akan dilangkaui dan mengurangkan jumlah nutrien yang diserap.
Penurunan berat badan yang tinggi dan efektif untuk merawat penyakit seperti kencing manis.
​
Pembedahan secara tebuk lubang (Laparoskopik), bermalam di hospital selama 2-3 hari.
​
Harga dari RM 42,000
​
​