top of page
Search
Writer's pictureAndrea Bariatric Admin

Bedah Bariatrik Kurangkan Risiko Kematian


Bila bercakap tentang pembedahan bariatrik, ramai orang yang masih teragak-agak dan takut untuk melakukannya kerana bimbang dengan kesan jangka panjang pembedahan terhadap badan. Malah ada yang beranggapan mereka akan pendek umur selepas buat pembedahan.


Anggapan ini sangat tidak tepat, kerana selepas pembedahan tahap kesihatan dan kualiti hidup pesakit akan lebih meningkat. Malah baru-baru ini satu kajian terbaru dari University of Utah di Amerika Syarikat telah menunjukkan perkara yang sama. Menurut kajian itu yang berdasarkan data selama 40 tahun dan melibatkan lebih 22,000 orang yang telah menjalani pembedahan bariatrik, pesakit obesiti yang menjalani pembedahan didapati mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding penghidap obesiti yang tidak membuat pembedahan.


Secara khususnya, menurut kajian itu mereka yang menjalani pembedahan bariatrik mengalami:


- Kematian akibat komplikasi kencing manis 72% lebih rendah - Kematian akibat penyakit kardiovaskular (jantung, strok etc) 29% lebih rendah - Kematian berkaitan kanser 43% lebih rendah


Penurunan lemak dalam badan melalui pembedahan bariatrik boleh memberi impak sangat positif kepada tahap kesihatan seseorang, namun ini hanya boleh dicapai melalui penjagaan rawatan selepas pembedahan yang optimum dan mengikut standard perubatan. Perkara seperti pengambilan ubat dan supplemen yang mencukupi, komposisi diet khasnya jumlah protein yang betul serta pemantauan perubatan berkala amat penting bagi memastikan anda menjadi lebih sihat dan bebas penyakit selepas pembedahan.


Sumber rujukan kajian:

Long-term all-cause and cause-specific mortality for four bariatric surgery procedures, 25 January 2023, https://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/oby.23646


189 views0 comments

Comments


bottom of page